Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 5, 2010

Jenazah Park Yong-ha Selamat Disemadikan

2 JULAI 2010: Murai Batu tahu ramai peminat drama bersiri Winter Sonata yang tengah bersedih dengan kematian aktor Park Yong-ha yang mati akibat bunuh diri baru-baru ini.

Apapun, Murai Batu dapat tahu keluarga Park tidak mengizinkan pihak polis melakukan apa-apa post-mortem ke atas mayat aktor berusia 32 tahun tersebut. Sebaliknya, mereka lebih rela jenazah Park dikebumikan segera.

Atas sebab itu, satu upcara pengebumian jenazah Park telah dilakukan sejak awal jam 6 pagi lagi (waktu setempat di Korea Selatan). Upacara itu khabarnya telah dilangsungkan di rumah jenazah St Mary di Seoul, Korea.

Murai Batu dapat tahu bukan hanya keluarga Park, saudara mara serta sahabat handai terdekat saja yang menghadiri upacara tersebut tetapi ia juga turut didatangi ratusan penggemar Park. Masing-masing ingin telah memberikan penghormatan terakhir buat bintang kesayangan mereka itu.

Apapun, Murai Batu dapat tahu lagi, salah seorang daripada ratusan tetamu yang hadir di hari pengebumian Park itu adalah bapanya sendiri yang ketika ini sedang menderita akibat bertarung dengan penyakit kanser.

Yang sedihnya tu, waktu upacara pengebumian Park itu dimulakan, ayahnya betul-betul tak dapat menahan kesedihan sehingga dilihat meratapi pemergian Park. Sikap ayah Park itu membuatkan ramai yang ada di situ berasa hiba dan pilu.

Dalam upacara itu juga, sahabat karib Park iaitu aktor So Ji Sub turut kelihatan. Sejak Park dilaporkan mati akibat bunuh diri, So Ji Sub khbaranya tak pernah meninggalkan rumah pengebumian tersebut. Dia juga tak henti-henti memegang foto Park sepanjang upacara itu berlangsung.

Dari St. Mary, Seoul, jenazah Park yang ada di dalam peti berwarna putih telah dibawa ke kawasan Seongnam, Korea Selatan. Setelah jenazahnya disemadikan di situ, abu jenazah Park kemudian dikuburkan pula di Bundang Memorial Park di Gyeonggi, Korea Selatan.

No comments:

Post a Comment