Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 5, 2010

Eclipse Cipta Kutipan Box Office Tertinggi.

Hanya selepas tayangan lewat malam pada hari Rabu lepas, telah mencipta rekod buat episod ketiga dari ‘The Twilight Saga,” iaitu ‘Eclipse’ dengan kutipan mencecah USD 30 juta. Kejayaan ini cukup luar biasa apabila mengatasi kutipan sekuel terdahulunya iaitu ‘New Moon’ dengan hanya mendapat USD 26.3 juta.

Walau bagaimanapun, di dalam keghairahan mencipta kejutan dari segi kutipan tiket, pengkritik di Amerika Syarikat yang telah menonton filem berkenaan berkata, ‘Eclipse’ sebuah karya yang hampir sama dengan dua filem terdahulu dan ditambah juga lakonan dan penghasilan yang sederhana.

Namun, dalam pasaran filem khasnya untuk remaja, penilaian negatif oleh pengkritik filem, selalunya tidak mempengaruhi kutipan tiket. Ini disebabkan, golongan penonton remaja lebih berminat menonton bintang kegemaran juga jalan cerita yang mudah dan dekat di hati mereka berbanding penilaian dari sudut artistik dan teknikal.

Untuk rekod, saga ‘The Twilight’ telah mengutip lebih dari USD 1 billion, dengan ‘Twilight’ mendapat USD 392.5 juta dan ‘New Moon’ mendapat USD709 juta, kutipan tiket di seluruh dunia.

Dengan jumlah kutipan ini juga, membolehkan dua pelakon utamanya iaitu Robert Pattison dan Kristen Steward berada dalam senarai artis yang mendapat pendapatan lumayan dalam majalah Forbes untuk taun 2010.

‘The Twilight Saga : Eclipse’ akan mula ditayang di pawagam di Malaysia bermula 8hb Julai 2010.

No comments:

Post a Comment