Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 11, 2010

Kisah Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby

oleh syahrilkadir

570270

aku rasa semua orang kenal kalau sebut nama Dr. Ismail Thamby, siapa lagi kalau bukan pakar sakit Tuan yang sering dijemput bagi ceramah di TV, radio dan mana-mana saja tu

namun yang lawaknya, tak ramai yang mahu mengaku pernah jumpa Dr. Ismail kerana tak mahu orang tanya…” Kau buat apa jumpa dia?”

terus terang aku pernah jumpa dia, semuanya bermula bila seorang sahabat aku risau kerana terdapat ketumbuhan di kawasan ‘anunya’

sahabat aku ni risau jikalau ketumbuhan itu adalah tanda-tanda serangan penyakit kanser…lalu sahabat aku ni pun mula makan tak lalu, resah dan monyok 24 jam, duit dah banyak habis kerana berubat tapi tak lega-lega

lalu tetiba aku teringat Dr. Ismail, cuma aku risau kalau-kalau Dr. Ismail caj gila-gila, maklumlah, namapun doktor pakar

“Ril, aku tak kisah berapa ribu pun aku sanggup, janji baik,” kata member aku

Lalu aku pun contact rakan-rakan wartawan aku khususnya yang pernah mengendalikan ruangan kesihatan, dari mereka aku dapatlah nombor telefon bimbit Dr. Ismail

masa aku call, Dr. Ismail tak jawab…bila aku SMS, dia balas

TAK PERLU RISAU BERAPA SAYA CAJ, JANJI KAWAN AWAK TU OK. DATANG SAJA DI DAMAI SPECIALIST HOSPITAL, DEKAT DEPAN PUSRAWI LAMA, JALAN IPOH, KAT CHOW KIT

dipendekkan cerita aku pun bawa sahabat aku ke sana, actually kami bertiga, bukan apa, saja nak bagi semangat kat member aku yang dah nampak macam putus asa saja tu

sampai di situ, ada tak kurang dari 20 orang pesakit, semua nampak macam malu-malu je, faham-fahamlahkan kalau dah jumpa Dr. Ismail, hehehehe

lebih kurang setengah jam menunggu, tiba-tiba Dr. Ismail keluar dari biliknya dan terus panggil nama kawan aku tu, bila nampak je Dr. Ismail, kami bertiga pun bangun bagi tanda hormat

“Aik, sampai dua orang tolong temankan, dahsyat korang ni, sepakat betul,” kata Dr. Ismail. Kami senyum je.

Tapi yang lawaknya, tak sampai 15 minit member aku dah keluar dari bilik Dr. Ismail. Muka pun berseri-seri.

“Argh lega Ril…rupa-rupanya ketumbuhan tu macam jerawat je. Dr. Ismail kata mungkin masa aku shave kat ‘situ’, ada luka so dari situ ada sedikit kuman yang membentuk ketumbuhan macam jerawat,” kata member aku.

“So Dr. Ismail buat macam mana? Kau bogel depan dia ke?,” tanya member aku yang sorang lagi ni.

“Takdelah bogel, dia suruh aku londeh seluar sampai lutut je, pastu dia picit, keluarlah lendir tu, terus aku rasa lega,” jawab sahabat aku

“Kau segan tak?” tanya aku

“Mahu tak segan! Yang best tu Dr. Ismail boleh sound…apa yang awak nak malu, saya pun ada macam apa yang awak ada,” kata member aku. Apalagi tergelaklah kami bertiga kat situ.

And the best part is…caj yang dikenakan tak sampai RM50!

Betullah kata orang, Dr. Ismail ni walaupun pakar terkenal, tapi tak berkira sangat bab caj kat pesakit dia.

Aku bercerita bab Dr. Ismail ni sebab kelmarin ada seorang kawan aku mengadu yang dia kena ‘angin pasang’

pada yang tak tahu ‘angin pasang’, ia adalah penyakit di bahagian buah zakar seseorang lelaki

lalu aku pun teringat Dr. Ismail…so aku terus suruh dia call Dr. Ismail untuk buat appointment

yang best tu Dr. Ismail terus bagi nasihat dalam phone, katanya, tuam dengan air panas je.

So dipendekkan cerita, ‘angin pasang’ member aku tu pun sembuhlah bila dia ikut nasihat Dr. Ismail ni

dalam erti kata lain, Dr. Ismail bagi nasihat free of charge terus!!!!

aku terbayang, kalaulah semua doktor kat Malaysia ni macam Dr. Ismail, confirm takde orang miskin yang tak dapat pergi hospital kerana takde duit

besar pahala dia…gua respect lu lah doc!!!!

SAK: Dr. Ismail boleh ditemui di Damai Service Hospital setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Call 03-40434900

*Kredit to http://syahrilkadir.wordpress.com

No comments:

Post a Comment