Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 5, 2010

Selepas Luna Maya, Cut Tari, Kini BCL?

Skandal seks yang berlaku di Jakarta melibat beberapa orang personaliti popular di Indonesia nampaknya masih belum sampai ke penghujung.

Terkini, dikatakan sebuah video porno yang melibatkan Ariel Peterpan dengan individu mirip Bunga Citra Lestari, telah beredar di Menado.

Menurut sumber dari detikhot.com, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL tidak mahu memberi sebarang komentar mengenai perkara tersebut. Katanya, adalah lebih penting dalam memberi perhatian kepada kandungannya yang sudah berusia 5 bulan.

Menurut ibu kepada BCL, Emmy berkata, dia juga tidak percaya sama sekali jika terdapat video porno melibatkan mereka berdua. Selain itu, dia juga hairan bagaimana video tersebut beredar di Menado dan bukannya di Jakarta.

Adalah menjadi satu harapan, agar kes ini segera diselesaikan oleh pihak berkuasa di sana. Ianya melibatkan maruah dan integriti personaliti hiburan yang menjadi idola masyarakat.

Informasi diolah dari Detikhot.com

No comments:

Post a Comment