Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 5, 2010

Filem Zoo…Pasti Menghiburkan

Filem:
Zoo

Dibintangi Oleh:
Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Bob Lokman, Angah Raja Lawak, Azlee Jaafar dan Jesse Lim

Genre:
Aksi Komedi

Tarikh Tayangan:
1 Julai 2010

“Apabila binatang berbicara, manusia menjadi huru hara,” itulah tagline untuk filem ke 36, dari Metrowealth, ZOO, sebuah filem yang menyaksikan kombinasi pelakon dan haiwan, sebagai watak utama.

Ianya bukan satu tugas mudah, apabila untuk menyelesaikan satu-satu babak yang melibatkan haiwan, mengambil masa sehingga lima jam. Namun, Azahari Zain dan MIG berjaya menghasilkan sebuah filem ala ‘Dr Dolittle’ versi tempatan yang mampu menarik perhatian seisi keluarga ke pawagam.

Bermula dengan kisah, Ad (lakonan Lan Pet pet) yang sering dibuang kerja, akhirnya dia diberi peluang untuk bekerja sebagai penjaga haiwan di Zoo Negara.

Sejak detik itulah, Ad, yang sememangnya mempunyai hobi bercakap dengan binatang, telah melalui satu pengalaman unik apabila haiwan yang terdapat di zoo, hilang satu persatu, akibat perbuatan jenayah satu kumpulan sindiket.

Azahari Zain, pengarah ZOO bertuah mempunyai Lan di dalam produksi mereka. Kepelbagaian karektor Lan di dalam ZOO, sudah semestinya menarik peminat Lan sendiri.

Filem sebagai sebuah konsep hiburan berdasarkan penceritaan. Dari prinsip ini, latar cerita ZOO direka dengan cukup mudah untuk diingati dan pastinya menarik perhatian pengemar filem tempatan.

Dengan lakonan hebat Lan Petpet, kombinasi lakonan Lisa Surihani, Azlee, Angah Raja Lawak, juga jalan cerita yang mudah dan telatah haiwan di zoo yang menawan hati, semestinya ZOO bakal menempa satu lagi kutipan Box Office bagi Metrowealth.

ZOO bakal ditayang di pawagam seluruh Malaysia bermula dari 1hb Julai 2010.

No comments:

Post a Comment