Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

‘Aku Ingin Dilubangi’, ‘Hamil Duluan’ Antara Lagu Yang Diharamkan Di Indonesia

Aku Ingin Dilubangi, Hamil Duluan.. Antara Lagu Yang Diharamkan Di Indonesia

Pernah tak anda terfikir akan ada lagu yang berjudul ‘Aku Ingin Dilubangi’, tapi itulah hakikatnya di Indonesia apabila pihak berkuasanya mengesan banyak lagu yang mengandungi lirik dan klip video yang lucah.

Pening dengan percambahan lagu yang sebegitu, baru-baru ini semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video sebegitu.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

“Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post.

Penulis difahamkan, selain lagu Aku Ingin Dilubangi, antara lagu yang turut menerima ‘hukuman’ kerana dianggap lucah termasuk ‘Mobil Bergoyang’, ‘Cinta Satu Malam’, ‘Hamil Duluan’ dan ‘Mari Bercinta 2′.

“Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Lagu ‘Hamil Duluan’ ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

“Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam,” katanya.

Secara peribadi, penulis belum pernah mendengar lagu-lagu sebegitu tetapi rasa-rasanya tak lama lagi masuklah dalam Youtube.

Sebenarnya lagu-lagu negara jiran ini terutama yang berentak dangdut bukan saja ‘dihantui’ lirik dan judul yang lucah, tetapi persembahan artisnya juga banyak yang berunsur lucah.

Nak buat macam mana, ‘market’ di sana mungkin memerlukan artis, lagu dan persembahan sebegitu kalau nak lariskan jualan.

Harap-harap janganlah ada artis kat Malaysia ni tiru cara sebegitu, namun ada teman di Kelantan beritahu ramai juga artis dikir barat buat lirik lucah dalam lagu yang dirakamkan mereka, betul ke? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

No comments:

Post a Comment