Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

Nursuhaila Masih Kaki Judi – Jimmy

Orang kata masalah sumai isteri kalau boleh selesai cara baik kat belakang.

Jangan bawak ke pihak lain atau mahkamah kerana segala aib kedua pasangan akan diketahui umum.

Tidak terlepas dari menghadapi kenyataan seumpama itu adalah pasangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila.

Daripada sumber Kosmo! dan Roti Kaya, berikut adalah kisah yang mula terdedah dalam kehidupan berumah tangga mereka yang bertahan hanya seketika dan kini melalui fasa perceraian.

Semalam Jimmy Shanley mendedahkan yang isteri beliau, Nursuhaila Eliani Suhaimy merupakan seorang kaki judi walau pun pernah berjanji untuk berubah selepas kahwin.

Menurut Jimmy Shanley, ada satu kejadian pada hari ulangtahun kelahiran ayah Nursuhaila sendiri yang mana membuatkan lelaki ini berang dengan sikap Nursuhaila.

Nursuhaila sepatutnya membeli kek hari jadi dan membawa pulang ke rumah sebagai kejutan namun isteri beliau lewat pulang ke rumah — tanpa kek — dan apabila di’tanya mengaku yang beliau sebenarnya pergi berjudi kerana tertekan.

Bukan itu sahaja, Jimmy Shanley turut mendakwa Nursuhaila sebenarnya lebih pentingkan kawan kawan dari melayan kehendak suami sendiri.

Dia didakwa Jimmy Shanley sebagai terlalu banyak menghabiskan masa dengan Facebook dan juga gemar menghisap rokok- mynewshub.my

No comments:

Post a Comment