Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, December 31, 2011

Johan RL dan Zahid AF2 Penyampai Baru Era FM

Johan RL dan Zahid AF2 Penyampai Baru Era FM

KL, 29 DIS 2011: Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang tahun baru 2012. Pastinya Murai Batu yakin pelbagai pembaharuan dilakukan oleh ramai pihak bagi memberikan kelainan sempena tahun baru nanti.

Terbaru Murai Batu mendapat tahu radio Era FM, juga bakal melakukan pembaharuan sempena tahun baru bagi memikat hati pendengar untuk setia bersama. Khabarnya beberapa segmen baru akan diperkenalkan bagi memberi kelainan dan kesegaran kepada pendengar. Serta beberapa muka baru diambil menjadi penyampai radionya.

Antara muka baru tersebut khabarnya, ialah Johan Raja Lawak serta Juara Akademi Fantasia 2, Zahid AF2 bakal mengalas tugas sebagai penyampai Era FM yang baru. Wah teruja Murai Batu mendengar berita yang disampai oleh teman baik Murai Batu baru-baru ini.

Johan dikatakan bakal mengambil alih tugas Aznil Haji Nawawi di segmen pagi bergandingan bersama Ray dan Haniff. Manakala Zahid pula akan bergandingan dengan Adifashla di segmen petang.

Sementara itu, Aznil pula bakal mengendalikan segmennya sendiri secara solo. Namun Murai Batu tidak tahulah siapa yang tidak dikekalkan atau ditukar ke radio lain.

Rombakan sebegini sememangnya selalu terjadi, apa-apa pun doa Murai Batu semoga Era FM akan sukses dan kembali menyengat seperti dahulu.

*manggaonline.com

No comments:

Post a Comment