Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, December 23, 2011

“Bukan Mudah Pakai Bikini” – Bipasha Basu

Aktres Bollywood, Bipasha Basu ini memang terkenal dengan liuk lentok tubuh yang seksi selain rupa paras eksotik nan jelita, namun Kemunculannya di dalam filem ‘Players’ bersama potongan tubuh yang ‘mantap’ mengenakan bikini merah sekali lagi menarik perhatian ramai.

Memetik kenyataan aktres ini menerusi laman celebden.com, Bipasha ingin memperingatkan kepada semua gadis di luar sana yang mengenakan bikini bukanlah semudah yang disangka. Seseorang itu perlu bekerja keras agar tampak ‘hot’ dan mengancam dan dia mengakui telah melakukan yang terbaik dalam ‘Players’.

Malah aktres yang baru saja menghasilkan DVD senaman keduanya bertajuk, ‘Beach Body Workout’ berkata,

“Kami (wanita) memiliki keinginan dan budaya berbikini yang sangat kuat, namun para wanita di luar sana agak sukar untuk tampil menarik kerana susah untuk memakai bikini walaupun setiap orang maklum memakai baju renang cukup mudah. Justeru, DVD ini dihasilkan khusus kepada mereka yang sudah cukup langsing tapi mahu melakukan sesuatu pada bahagian bawah tubuh mereka khususnya pada bahagian abdomen.

Bipasaha sebelum ini sering dikecam antara artis yang memiliki tubuh seksi tapi sedikit berisi, namun untuk ‘Players’ BIpasha dikatakan mengikuti pelan latihan intensif selama enam minggu daripada pelatih profesional, Paulus Britto. Antara rutin senaman yang dilakukannnya meliputi latihan abs, kick boxing, kardio, stretching dan latihan angkat berat.

Malah Bipasha yang sudah hampir tiga tahun tidak menyentuh nasi terpaksa menjauhi makanan manis untuk latihan intensif ini dan merasakan ianya sukar memandangkan dia yang berdarah Benggali, sememangnya meminati makanan manis. Namun atas kehendak pengarah yang ingin wataknya dalam ‘Players’ memiliki potongan badan yang cantik, Bipasha terpaksa menutup ‘nafsu’ makannya pada gula-gula Benggali kegemarannya.

No comments:

Post a Comment