Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, December 23, 2011

Sah Terima Gelaran Datuk, AC Mizal Harap Spekulasi Gelaran ‘Datuk Palsu’ Berakhir

Kalau sebelum ini terdengar cakap-cakap skeptikal yang mempersoalkan gelaran ‘Datuk’ yang diterima penyanyi, pelakon, usahawan berjaya ini, namun pada hari ini, segala spekulasi tersebut bakal berakhir apabila AC Mizal, 41, sah menerima Darjah Indera Mahkota pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sulta Haji Ahmad Shah yang ke-81.

Pengesahan yang keluar sendiri dari tuan empunya diri ini bermakna maka akan lenyaplah pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaannya sebelum ini sehingga ada yang melabelkannya hanya megusung gelaran ‘Datuk Palsu’ tidak kurang juga yang sinis berkata, “jual gelang pun boleh dapat Datuk?”.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini ketika ditemui di Hotel Doubletree by Hilton malam semalam menyatakan surat pengurniaan sebenarnya sudah lama diterimanya, iaitu sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Walaubagaimanapun, upacara itu terpaksa ditunda kerana dia prosedur penerima darjah kebesaran itu perlulah mengikut giliran, dan sebab itulah ia mencetuskan pertikaian orang ramai.

“Hari ini saya baru sahaja selesai dengan sesi raptai untuk acara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81. Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (hari ini), makan ia akan menjawab segala spekulasi, pertikaian, kata-kata serong juga segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini,” jelas AC mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment