Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

Kapal Angkasa Rusia Akan Melanggar Bumi Bulan Depan

Agensi Angkasa Persekutuan Rusia mendedahkan bahawa kapal angkasanya yang sedang dalam misi menuju ke Marikh dan membawa muatan seberat 200kg terperangkap di orbit bumi dan dijangka akan menghentam Bumi pada awal Januari.

Pihak Agensi itu berkata, mereka tidak dapat memberitahu dengan tepat bila ia akan melanggar bumi sehingga beberapa hari sebelum kemalangan. Mengikut perkiraan mereka ia mungkin akan menghentam bumi diantara 6-19 Januari .

Ini adalah kali pertama agensi Rusia telah mengakui kapal angkasa bernilai 110million pound itu telah hilang dan akan merempuh bumi tanpa dapat dikawal.

Mereka terputus hubungan dengan kapal angkasa yang dipanggil Phobos-Groundcraft selepas ia dilancarkan pada 9 November dalam misi untuk ke Marikh.

Sejak misi itu dilancarkan, jurutera dan pihak Agensi Angkasa Eropah telah cuba untuk mengawal kapal angkasa itu tetapi tidak berjaya untuk memacu ke arah sasarannya.

Keseluruhan kapal angkasa yang tidak dapat dikawal yang mempunyai berat 14.6 tan dan 12 tan daripada beratnya terdiri daripada bahan api yang sangat toksik.

Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa jika bahan api itu telah beku, ada diantaranya yang boleh menjadi aktif apabila berada di Bumi dan boleh menimbulkan ancaman serius jika ia jatuh ke atas kawasan penempatan penduduk.

Tetapi Roscosmos, seorang wakil dari agensi angkasa Rusia menyangkal dakwaan ini dan menyatakan dengan yakin bahawa semua bahan api akan terbakar semasa dalam perjalanan melanggar bumi dalam jarak kira-kira 100 km dari permukaan bumi dan tidak akan menimbulkan sebarang bahaya.

Dia berkata bahawa 10kg Cobalt-57, iaitu sejenis logam radioaktif yang terkandung dalam salah satu bahagian daripada 30 bahagian dalam kapal angkasa itu tidak akan menimbulkan ancaman pencemaran radioaktif jika melanggar bumi.

Kegagalan misi ini adalah yang terbaru dalam siri pelancaran roket Rusia baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan industri angkasa negara.

No comments:

Post a Comment