Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, December 26, 2011

Fiesta Tawau Gemilang 2011 di Perkarangan Kompleks Sukan Tawau

Sungguh Meriah Fiesta Tawau Gemilang 2011 yang kini sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sukan Tawau, walaupun hujan turun begitu lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus hadir ke fiesta tersebut.

Untuk Maklumat fiesta ini adalah dibawah kelolaan Tawau Club yang telah didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada tahun lalu. Didalam Tawau Club pula terdapat kelab seperti basikal, Lori, Motor, Sound Blaster dan sebagainya dan ini menjadikan ia begitu unik dan mungkin tidak terdapat ditempat lain.

Penonton yang membanjiri perkarangan Stadium Sukan Tawau untuk melihat sendiri perjalanan Fiesta Tawau Gemilang 2011

Selain daripada ahli-ahli Tawau club yang memeriahkan fiesta ini, ia juga turut dimeriahkan dengan aktiviti Battle Band, penjualan tshirt cap ayam, Pameran Oleh Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta beberapa tapak pameran lain.

Sempena Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung pada malam ini, Rockstar selaku coordinator konsert turut membuka tapak penjualan tiket yang membolehkan para pengunjung terus membeli tiket ditempat tersebut tanpa pelu bersesak dan beratur panjang untuk mendapatkan tiket

Dari kiri Rahman, Maya Dan Adry Menujukkan Kalendar edisi terhad yang hanya boleh didapati di tapak jualan Fiesta Tawau Gemilang 2011


Paling istimewanya di tapak jualan tiket tersebut mereka turut menjual kalendar edisi terhad yang hanya berharga RM 0.50 dan kalendar ini tidak terdapat dimana-mana kounter penjualan tiket dan stoknya amat terhad.

Helmet Berbentuk tengkorak adalah antara barangan yang turut dipamerkan di fiesta tersebut

Harley Davidson turut dipamerkan dan merupakan motor yang paling mencuri tumpuan pengujung

Toyota Celica antara kereta Classic yang turut menyertai Fiesta Tawau Gemilang 2011

Selain Pameran kenderaan disana juga terdapat tapak-tapak yang menjual barangan seperti pakaian, alat-alatan motorsikal dan demonstrasi makeup artis oleh E.S.M.A yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung.

Gambar diatas merupakan kereta yang turut serta dalam pameran kenderaan dalam fiesta tersebut

Ohsensasi.com

No comments:

Post a Comment