Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 11, 2011

Jungle Resort Mendamaikan

Jungle Resort

Jungles Resort menawarkan anda layanan istimewa yang dikelilingi flora dan fauna di sebuah kawasan perkampungan yang mendamaikan dan terletak hanya beberapa meter dari tebing sungai .Selain itu anda boleh mendengar kicauan burung dari pelbagai jenis spesis .

Lokasinya kirakira 70 kilometer daripada lebuhraya Utara - Selatan Gurun Kedah . Sepanjang perjalanan ke Jungle Resort anda pasti terpukau dengan pemandangan dan keindahan yang menarik .

Antaranya anda akan terpukau dengan pemandangan Tasik Beris , merupakan tasik buatan yang menawarkan pelbagai aktiviti sukan air . Anda juga boleh singgah ke Beris Lake Vineyard, dimana keistimewanya adalah anda dapat memetik sendiri anggur segar di ladang tersebut.

Jika anda merancang untuk melancong ke sempadan Thailand , menerusi Jungle Resort hanya mengambil masa lebih kurang selama 30 minit sahaja secara pemaduan melalui Durian Burung.

Jungle Resort bukan sahaja menyediakan pakej lengkap untuk percutian keluarga malah turut menyediakan pakej bagi hari keluarga, team building , kursus motivasi , seminar dan lain-lain khas untuk agensi kerajaan , swasta institusi pendidikan daripada peringkat sekolah hingga lah ke kolej dan IPT.

Jungle Resort turut mempunyai kumpulan pengurusan yang berdedikasi dan dinamik yang akan dapat memberi perkhidmatan terbaik dan sekaligus dapat memuaskan hati pengunjung ,untuk menjadikan percutian anda di Jungle Resorts penuh ketenangan dan kedamaian.

Jungle Resort turut menyediakan pakej tambahan pemaduan pacuan 4 roda untuk merentasi hutan bagi yang berminat dengan cabaran aktiviti lasak. Manakala bagi kaki pancing juga ditawarkan pakej memancing ke Tasik Pedu dan Tasik Beris.

Jungle Resort

No.8 , Jalan Kampung Tanjung Piring , Nami ,

08210 , Sik Kedah Darul Aman , Malaysia

Tel : +6013 4221000 | +60134224000

info@jungleresortmalaysia.com

www.jungleresortmalasia.com

Jungle Resort

No comments:

Post a Comment