Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, December 23, 2011

“Suatu Malam Kubur Berasap” Meriahkan Suasana Di Stesen Komuter!

Dengan usahasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan outLOUD Studios Sdn. Bhd baru-baru ini, mereka berjaya membuatkan lebih kurang 3000 penumpang komuter ‘berasap’ dengan kehadiran ‘hantu-hantu’ dari filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Dihangatkan juga dengan dua pelakon baru dari program realiti Raja Lawak iaitu Wira dan Faiz menggamit keadaan dengan telatah mereka dan aksi seram dengan kostum hantu dan berjaya memeriahkan suasana.

“Maklumbalas dari pengunjung adalah sangat positif di samping ia merupakan aktiviti promosi filem yang pertama dijalankan di komuter dan juga ia merupakan usahasama dengan KTMB dan tidak ada lagi mana-mana pihak produksi filem membuat promosi filem seperti ini”, menurut Chen selaku penerbit eksekutif dan pengarah untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Sepanjang promosi ini dijalankan, penumpang KTM dan juga pengunjung di KL Sentral telah diberikan kalendar dan juga risalah filem “Suatu Malam Kubur Berasap”. Bagi pengunjung yang bertuah mereka juga mendapat t-shirt dan juga poster dengan menjawab soalan yang mudah daripada Wira dan Faiz.

Filem ”Suatu Malam Kubur Berasap” adalah filem yang bergenrekan seram komedi dan akan berada di pawagam bermula 22 Disember 2011. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman rasmi, www.suatumalamkuburberasap.com

No comments:

Post a Comment