Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, December 31, 2011

Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

ABDUL FATAH (tiga dari kanan) bersama keluarganya menonton berita mengenai Bantuan Tunai RM500 di Kota Bharu semalam.

KUALA LUMPUR – Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.


Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.

Kosmo


No comments:

Post a Comment