Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

Lin Dan Juara Badminton Super Siri Dunia 2011

Lin Dan berjaya merangkul kejuaraan badminton Super Siri Dunia selepas mengenepikan rakan sepasukan, Chen Long 21-12, 21-16 dalam masa 45 minit. Lin Dan mara ke final selepas menundukkan pemain Denmark, Peter Gade manakala Chen Long menumpaskan pemain negara, Lee Chong Wei di separuh akhir.

Sementara itu beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen mengenepikan penguasaan China selepas menang ke atas Chai Biao-Guo Zhendong 25-23, 21-7.

Dalam acara wanita, pilihan pertama Wang Yihan mendapat tentangan sengit dari pemain India Saina Nehwal sebelum menang 18-21, 21-13, 21-13. Beregu wanita pula menyaksikan pasangan tuan rumah Wang Xiaoli- Yu Yang mudah menewaskan pasangan Korea Selatan Ha Jung Eun- Kim Min Jung 21-8, 21-12.

Manakala dalam acara beregu campuran menyaksikan pertemuan sesama sendiri pasangan China dengan pasangan Zhang Nan-Zhao Yunlei mudah menewaskan Xu Chen-Ma Jin, 21-13, 21-15.


No comments:

Post a Comment