Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, December 23, 2011

Foto: Eizlan Yusof Kini Bergelar Datuk Eizlan Yusof!

Nampak gayanya hari ini, pastinya mencatatkan saat manis dan paling berharga buat beberapa figura seni tanah air kerana menerima satu tanda aras yang boleh dikatakan sebagai pencapaian sepanjang hayat apabila pencapaian, jasa dan sumbangan mereka dihargai dan diiktiraf.

Umum sedia maklum bahawa hari ini, Datuk Mizal Zaini atau Datuk Ac Mizal kini secara rasminya bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk.

Tidak bersendirian menerima pengurniaan tersebut yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dua lagi rakan seperjuangan AC dalam industri hiburan adalah pelakon, Datuk Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof serta penyanyi dan pakar motivasi, Fazley Yaakob turut menerima darjah kebesaran yang sama.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81, Sultan Pahang ini telah berlangsung di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang petang tadi.

Kami di OHBULAN! dengan penuh rasa bangga dan gembira ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada penerima-penerima Darjah Indera Mahkota Pahang, Datuk AC Mizal, Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Fazley Yaakob. Semoga anugerah yang diberi dijadikan peniup semangat agar lebih sukses dalam setiap apa yang diusahakan.

No comments:

Post a Comment