Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

Siapa Ada Nampak BMW Fasha Sandha…Sudah Hilang Laa!

Siapa Ada Nampak BMW Fasha Sandha...Sudah Hilang Laa!

Penulis pernah hilang sebuah motor kapcai, itu pun dah buat seluruh anggota badan lemah longlai jadinya.

Namun pelakon jelita, Fasha Sandha bukan hilang kapcai, tetapi BMW 3 Series bernilai lebih RM200,000 semalam OK!

Menurut laporan, BMW itu dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang.

“Fasha tidak ada sebarang penggambaran dan menghabiskan masa menguruskan salunnya sambil bersiap untuk menghadiri majlis pelancaran filem terbaru.

“Bagaimanapun, ketika mahu bertolak ke lokasi majlis, Fasha mendapati keretanya hilang menyebabkan beliau panik, malah terlewat ke lokasi majlis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan.

“ Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci.

“Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Penulis difahamkan, pada tahun 2010 saja, sebanyak 8,736 buah kenderaan telah dicuri, ciss!

Alang-alang dah tulis pasal benda ni, penulis nak turunkan beberapa tips untuk mencegah kecurian kenderaan.

  1. Jangan tinggalkan kunci di dalam kenderaan.
    Hampir 20% kenderaan dicuri akibat kelalaian pemandu meninggalkan kunci di dalam kereta
  2. Kunci kenderaan anda.
    Hampir 50% kejadian disebabkan oleh kegagalan mengunci kenderaan dengan betul
  3. Jangan tinggal kunci pendua di dalam kereta.
    Walaupun dalam masa yang singkat, pencuri mampu mencari kunci pendua tersebut
  4. Letak kereta di tempat yang terang dan bercahaya.
    Tempat yang gelap mengundang pencuri untuk melakukan jenayah tersebut
  5. Letak kenderaan anda di tempat letak kereta berbayar.
    Pencuri tidak gemar melakukan jenayah di tempat yang dikawal keluar masuk dan mempunyai banyak CCTV.
  6. Jangan tinggalkan kenderaan anda dalam keadaan enjin masih hidup, walaupun sesaat.
    Pencuri akan mengambil kesempatan dalam situasi sebegini. Lebih-lebih lagi ketika waktu pagi semasa anda sedang memanaskan enjin.
  7. Pastikan tingkap kereta anda tertutup rapat.
    Jangan bagi ruang sedikit pun kepada pencuri untuk membuat jenayah.
  8. Jangan dedahkan / tinggalkan barangan berharga di dalam kereta.
    Barangan tersebut dapat menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang seterusnya mengundang jenayah kecurian berlaku.
  9. Bagi kenderaan pacuan belakang, letak kereta secara terbalik.
    Biarkan hadapan anda dihalangi sesuatu seperti pokok, tebing, curb atau divider. Ianya menyukarkan kenderaan tunda untuk menunda kenderaan anda. Bagi kenderaan pacuan depan lakukan sebaliknya.
  10. Selalu memastikan ‘handbrake’ anda digunakan.
    Ianya bertujuan menyukarkan kenderaan anda ditunda.
  11. Jangan tinggalkan geran kenderaan atau lesen memandu di dalam kereta.
    Ini memudahkan penjenayah untuk menggunakannya pada waktu-waktu yang terdesak.
  12. Gantikan kunci kenderaan jenis T dengan jenis ‘Straight’.
    Diketahui kebanyakkan pencuri dapat menanggalkan kunci seperti ini. Mereka mempunyai alat khas untuk menanggalkannya dalam waktu singkat.
  13. Sandblast no. plat kereta pada cermin windscreen dan setiap cermin kenderaan anda.
    Selalunya penjenayah mengambil masa untuk menggantikan kesemua cermin. Jika anda bernasib baik, polis mungkin dapat mengesan kenderaan anda dengan mudah. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

No comments:

Post a Comment