Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, December 23, 2011

“Songlap” Punyai Keunikan Tersendiri, Kutip 1.5 Juta 4 Hari Tayangan!


Setelah 4 hari tayangan di seluruh Malaysia, ternyata Songlap dapat diterima umum apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.5 juta untuk 4 hari tayangan walaupun bersaing dengan filem-filem hebat seperti Mission Impossible, Ombak Rindu dan Alvin and the Chipmunks.

Berbeza dengan apa yang biasanya dihidangkan kepada penonton, Songlap mempunyai keunikan sendiri dari segi jalan cerita yang linear dan juga sinematografi yang menarik membuatkan ia kelihatan seperti filem gred antarabangsa. OHBULAN! sendiri sudah menonton keunikan filem ini yang benar-benar mempunyai mesej tersendiri.

Tengku Iesta Tengku Alaudin merangkap Pengurus Besar unit Filem dan Drama mengulas, dalam pembikinan sesuatu filem, apa yang penting adalah kualiti dan penceritaan yang unik dimana mesej yang ingin disampaikan tidak dilontar terus kepada penonton. Sebaliknya, lakonan dan olahan skrip disampaikan secara tidak langsung dan itulah yang membuatkan penonton berfikir sehingga tamatnya filem itu.

Rata-rata pengkritik filem kejam di Malaysia memuji Songlap kerana ia berbeza dari filem-filem lain dari semua aspek, lebih-lebih lagi nilai seni dan simbolik yang diterapkan sepanjang filem ini. Selain daripada itu, lakonan Shaheizy Sam dan Syafie Naswip juga amat menyentuh jiwa penonton. Ia seakan-akan dapat berinteraksi dengan penonton berbekalkan dialog yang pendek, padat dan tersirat.

Tetapi, realitinya, angka kutipan berkata sendiri tentang produk terbaru Grand Brilliance ini. Malah banyak pengarah tempatan yang memuji Songlap kerana gaya filem ini dipersembahkan dengan cara yang amat unik. Ia bukan sahaja filem untuk hiburan tetapi mesej yang ingin disampaikan dapat menjadi pembuka mata buat semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem Songlap, sila layari www.songlapmovie.com

No comments:

Post a Comment