Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, December 20, 2011

Laporan Polis Terhadap Man Kidal?

Laporan Polis Terhadap Man Kidal....Apa Kes?

Kalau sebut nama Abdul Rahman Mahmood mungkin orang tak kenal….tapi kalau sebut nama Man Kidal boleh dikatakan seluruh pecinta muzik tanah air akan mengenalinya.

Man Kidal diiktiraf sebagai antara pemain gitar terbaik yang pernah dilahirkan negara tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini mungkin boleh mencemarkan nama baiknya dalam industri hiburan tanah air.

Dia dituduh ‘mencuri’ karya lagu ciptaan seorang lelaki lewat 30-an dan enggan memulangkannya.

Difahamkan, pencipta karya terbabit membuat laporan polis kelmarin selepas hampir tiga bulan karya diserahkan kepada Man Kidal tidak dipulangkan.

Malah, pencipta lagu itu bersedia mengambil tindakan undang-undang kepada Man Kidal sekiranya menyalahguna lagu ciptaannya itu.

Karya berkenaan diserahkan pencipta lagu terbabit melalui seorang kenalannya yang juga penggiat seni untuk diberikan kepada Man Kidal bagi dinilai sebelum dikomersialkan awal September lalu.

Namun pemain gitar berkenaan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

“Sepanjang lebih 30 tahun terbabit dalam dunia seni saya tidak pernah menciplak karya orang lain,” katanya pada Harian Metro.

Sebenarnya isu mencuri karya orang ini bukan baru namun tidak banyak yang diperkatakan mengenainya.

Namun ia juga tidak boleh dijadikan isu untuk mana-mana pihak sesuka hati ‘memetik’ nama-nama komposer yang mereka syak.

Setiap tuduhan harus disertakan bukti dan tidak boleh berdasarkan ‘hearsay’ atau dengar cakap semata-mata apalagi bila ia melibatkan tokoh yang disegani seperti Man Kidal sendiri.

Man Kidal sudah mempunyai reputasi yang cukup hebat justeru sebarang tuduhan tanpa bukti boleh merosakkan nama baik beliau dalam dunia seni ini.

Lagipun mengenali Man Kidal, tak mungkin boleh melakukan perkara sedemikian, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR

No comments:

Post a Comment