Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 11, 2011

Empat Jentera Disatukan Dalam Konsert "Loudspeaker"

Jenama Red Garage sebelum ini lebih sinonim dengan industri permotoran apatah lagi dikalangan peminat-peminat motorsikal berkuasa tinggi jenama ini selalu disignifikasikan dengan penganjuran acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW). Namun pada tahun ini, mereka membuat kejutan dalam acara yang menjadi ‘branding’ kepada Red Garage dengan menganjurkan konsert ‘Loud Speaker’ dimana membariskan artis-artis yang memperjuangkan muzik rock. Nama-nama hebat seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir telah dipilih untuk memberikan ‘nafas’ buat ‘Loudspeaker’ yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 25 Disember nanti.

“Dengan pengaruh, kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan oleh empat entiti seni ini, saya yakin konsert yang akan berdurasi lebih 3 jam ini dijangka mampu memanaskan serta memberikan impak maksima pada tahun 2011 ini” ujar Mohd Idi Iskandar Abu Zahar selaku penganjur pada sidang media yang telah diadakan di Borneo Baruk Club baru-baru ini.

“Jika dilihat pada filosofi Red Garage itu sendiri, sebelum ini kami pernah menganjurkan gigs-gigs, serta beberapa acara yang berskala sederhana, bertitik tolak dari situlah kami ingin cuba sesuatu yang lebih besar dengan penganjuran konsert ‘Loudspeaker’ yang akan diadakan pada 25 Disember ini”.Tambah beliau lagi.

Selain menjual aksesori motorsikal berkuasa tinggi, Red Garage Group juga memiliki majalah permotoran yang dikenali dengan My Chopperz Magazine yang sering bekerjasama sebagai penaja untuk sesebuah acara termasuk karnival yang bakal dilaksanakan kelak. Justeru itu konsert ini merupakan penanda aras buat Red Garage.

Menurut Dira Abu Zahar yang juga adik kepada Idi, “konsert ini disifatkan sebagai batu loncatan buat Red Garage untuk mengukuhkan kredibilitinya dalam paksi pengurusan acara sekaligus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama. Jadi tidak hairanlah mengapa kami memilih empat figura ini iaitu XPDC, Wings, Faizal Tahir dan Azlan & The Type Writer sebagai ‘umpan’ untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert itu nanti. Lagipun kita tidak mengenakan harga tiket yang terlalu tinggi malahan ianya dianggap berpatutan” ujar beliau yang bertanggungjawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.

Pada tahun ini juga Red Garage sekali lagi akan menganjurkan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) yang akan diadakan di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan konsert “Loudspeaker”, acara ini akan diadakan pada 23 hingga 24 Disember nanti.

Bagi menyaksikan konsert ‘Loudspeaker’ ini, peminat bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM77.00 atau RM222 (VVIP) dengan melayari www.tickethotline.com.my atau di talian 03-77251177. Sebarang informasi mengenai konsert boleh dibuat dengan melayari www.facebook.com/redgaragemalaysia

Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"

No comments:

Post a Comment