Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 11, 2011

SEARCH Terus Mencipta Evolusi Dan Revolusi

Search akan meneruskan kesinambungan siri jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Searchdi Sabah dan Sarawak. Konsert yang mendapat kerjasama daripada pihak Nova Music (M) Sdn Bhd dan Universal Credential Sdn Bhd ini bakal berlangsung pada 24 Disember dan 31 Disember ini.

Bagi peminat Search yang berada di Sabah konsert bersejarah ini akan diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember manakala peminat yang berada di Sarawak, anda boleh menyaksikan kehebatan aksi rockers otai ini di Stadium Negeri, Kuching pada 31 Disember. Harga tiket yang dikenakan hanya RM25.00 sahaja dan ianya cukup berbaloi dan mesra rakyat bagi peminat yang berada di Sabah dan Sarawak.

Saya terpaksa akur dengan kehendak peminat di Sabah dan Sarawak serta berharap dengan nilai tiket sebanyak RM25.00 ianya mampu mengamit para peminat setia kumpulan yang bertaraf lagenda ini. Apa yang pasti, kehebatan kumpulan Search sudah tidak perlu dipertikaikan lagi, lagipun ‘mereka’ adalah ikon buat saya. Lantaran itu bersempena dengan ulangtahun penubuhan Search yang ke30 tahun, peluang yang ada terus saya adaptasikannya menjadi sebuah konsert . Ianya merupakan hadiah peribadi milik saya khasnya dan peminat di Sabah dan Sarawak amnya”. Ujar Datin Nirwana selaku wakil bagi pihak Universal Credential Sdn.Bhd.

Konsert ini cukup bermakna buat Search, malah kami berterima kasih kepada pihak penganjur yang terpaksa melabur dengan jumlah yang begitu besar bagi memastikan ianya dapat memberi kepuasan yang optimum buat seluruh peminat Search yang berada di Sabahdan Sarawak. Kami berjanji untuk memberikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan memori indah buat peminat kami yang berada di sana Ujar Amy ketika sidang media yang diadakan di Borneo Baruk Club pada 30 November yang lalu.

Secara keseluruhan kos untuk konsert yang berskala besar ini adalah sekitar RM1.3 juta , penganjur iaitu Universal Credential Sdn. Bhd menjelaskan walaupun mereka agak baru dan kurang berpengalaman tapi mereka telah berbincang dengan ahli kumpulan Search mengenai sound system yang akan digunakan dan pastinya ia tidak mengecewakan para peminat di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat di Sabahpihak penganjur telah memilih Stacy sebagai ‘opening act’. Kumpulan kelahiran Sarawakiaitu Masterpiece telah diberi penghormatan sebagai ‘opening band’ bagi persembahan Search di Sarawak” ujar Rosmin selaku penganjur bersama iaitu Nova Music (M) Sdn Bhd

Sebagai simbolik termeterinya kerjasama antara keduanya, pihak penganjur telah menghadiahkan kek ulangtahun ke 30 tahun buat Search. Dimasa yang sama juga Hamzah Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Kid selaku gitaris telah menyambut harijadinya .

Tiket-tiket yang berharga RM25.00 kini telah mula dijual dilokasi-lokasi terpilih diseluruh Sabah dan Sarawak. Sebarang pertanyaan serta info terkini mengenai konsert boleh menghubungi talian hotline iaitu 013-8003030. Anda juga boleh mengetahui senarai penuh lokasi penjualan tiket dengan melayari laman sosial facebook dengan menaip FENOMENA SEARCH 30

Sidanng Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah dann Sarawak Sidang Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah Dan Sarawak
Sidanng Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah dann Sarawak Sidanng Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah dann Sarawak
Sidanng Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah dann Sarawak Sidanng Akhbar Konsert Fenomena Search Di Sabah dann Sarawak
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid
kek sempena 30 tahun Search dan harijadi Kid

No comments:

Post a Comment