Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 5, 2010

"Israel tidak boleh dipercayai"

WASHINGTON - Keluarga kepada aktivis Amerika Syarikat Rachel Corrie yang terbunuh di Genting Gaza menegaskan kerajaan Israel tidak boleh dipercayai untuk menjalankan penyiasatan terhadap insiden serangan rejim itu ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Corrie terbunuh selepas digilis oleh jentolak tentera Israel semasa cuba menghalang rejim itu daripada memusnahkan rumah penduduk Palestin di Rafah, pada 2003.

Keluarga Corrie menegaskan Israel gagal menjalankan penyiasatan menyeluruh atas kematiannya.

”Serangan ke atas konvoi Freedom Flotilla perlu disiasat secara bebas kerana pengalaman mengajar kami bahawa Israel tidak boleh menyiasat diri sendiri dengan telus,” kata bapa Corrie.

No comments:

Post a Comment