Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, November 22, 2010

Mengapa suami kaku lepas melakukan seks?


Kira-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra. Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

No comments:

Post a Comment