Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, November 11, 2010

Proton Inspira R3 2011



Belum pun sempat model Proton Inspira dilancarkan sepenuhnya kini ura-ura Proton akan melancarkan model Proton Inspira yang berprestasi tinggi yang dikenali sebagai Proton Inspira R3 pada 2011 mula kedengaran.


Kepada mereka yang bercita-cita memiliki kereta berprestasi tinggi seperti Mitsubishi Evo X, Proton Inspira R3 ini bakal menjadi platform untuk mereka yang suka mengubah suai kereta menjadi model itu.


Pasukan Proton R3 dijangkakan akan membangunkan model dinaik taraf Proton Inspira, sama seperti yang dinaik taraf oleh R3 dan Lotus, iaitu Proton Satria Neo Lotus R3 Racing.




Walaupun penukaran enjin mungkin tidak akan berlaku, namun kosmetik luaran adalah jalan penyelesaiannya yang paling ‘simple’ dan popular.


Ini kerana Team R3 Proton diakui mempunyai kemampuan dalam mereka bentuk kembali Proton Inspira dengan rupa yang lebih garang dan pantas.


Jadi jika anda mempunyai bajet hampir kepada RM150K, adalah berbaloi jika anda menunggu model itu dikeluarkan pada tahun 2011. Secara peribadi, Proton telah membuat pilihan yang tepat apabila bekerjasama dengan Mitsubishi untuk mengeluarkan Inspira..

No comments:

Post a Comment