Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, November 26, 2010

Kutipan Filem 2 Alam RM40 Juta La Sangat, RM1 Juta Pun Tak Sampai Lagi

kutipan filem 2 alam

Izinkan kami membetulkan usus perut kami yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.

Oh, tapi kami agak kepelikan sebab rasanya kami ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?

Tapi satu bab kami respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia.

Dan sesungguhnya kami sangat sedih melihat filem Krayon yang sekadar mengutip RM28,000 sahaja. Hmm. Tak tahu mana silapnya sebab dari apa yang kami dengar, filem ini lebih bagus dari filem 2 Alam. Mungkin promosi tak ada kot.

Apa pun, kita tunggu apa kata Dr. Rozmey pasal kutipan filem 2 Alam nie. Tak sabar la pulak nak tunggu statement dia.

P.S: Anda sekarang boleh “LIKE” dan “DISLIKE” komen orang lain di ruangan komen. Kadang-kadang akan keluar “this comment is hidden due to low rating” tapi anda masih boleh tengok komen tue. Cuma perlu tekan kat komen tersebut. Nanti komen tersebut akan keluar. Harap faham. Thanks.

No comments:

Post a Comment