Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

dR.Rozmey nak Pamela Anderson?

Selepas "2 Alam" mungkin dR.Rozmey
akan terbit filem Baywatch Malaysia
Lagi beberapa hari kita bakal menyaksikan filem yang dicanang bakal mengutip RM40juta, "2 Alam" di pawagam. Belum habis kekecohan pasal kutipan filem tersebut, penerbit filemnya dR.Rozmey cuba menimbulkan kontroversi dengan memberitahu dia ingin bekerjasama dengan pelakon hot Hollywood, Pamela Anderson. Seperti dipetik daripada akhbar Harian Metro, dR.Rozmey ingin memanggil pelakon siri "Baywatch" untuk berlakon dalam projek seterusnya. Whoa! Tinggi sungguh ya cita-cita dR.Rozmey kita ni!
Pamela Anderson yang popular dengan siri "Baywatch" disamping David Hasselhoff sememangnya seksi dan banyak kisah liarnya di ruangan hiburan tanah air dan antarabangsa. Adakah selepas ini dR.Rozmey akan keluar dengan filem yang lebih panas? Lebih menggiurkan? Atau keluar filem Baywatch versi Malaysia? Kita tunggu dan lihat.

Inilah dia diva Baywatch suatu ketika dulu, Pamela Anderson

No comments:

Post a Comment