Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, November 9, 2010

Gelang AC Mizal, Fakta Atau Auta?

gelang ac mizal penipuPerhatian: Entri ini sekadar untuk informasi anda semua. Kami tak dapat sahihkan kebenarannya info yang diambil daripada blog Aidid Muadib. Tepuk dada tanya selera. Baca dulu dan buatlah keputusan anda sendiri. Sekadar untuk maklumat.

AC Mizal. Siapa yang tak kenal dengan AC Mizal sila angkat tangan. Bakal bergelar Datuk AC Mizal tidak lama lagi, nampaknya perniagaan gelang AC Mizal semakin lama semakin laris. Makin ramai yang masuk dan dengar ceritanya makin ramai yang kaya dengan perniagaan MLM AC Mizal ini. Yang pastinya sudah tentu AC Mizal yang terpaling kaya. Siap dah boleh pakai kereta Bentley lagi.

Namun persoalannya, betul ke tak betul perniagaan gelang AC Mizal ini? Atau sebenarnya ianya satu MLM yang dibuat untuk menghancurkan orang Melayu kita sendiri (sebabnya orang Melayu je yang ramai masuk MLM si AC ini). Kini anda tak perlu rungsing lagi kerana segala persoalan itu telah dibongkarkan oleh saudara Aidid Muaddib. Ini sedikit fakta atau auta yang kami ambil dari blog Aidid Muaddib.

Fakta atau Auta 1: Gelang AC Mizal yang dijual dengan harga RM1,000 adalah produk yang sama gelang Hottime Jewellery berharga USD25 (RM100). (sila tengok gambar)

gelang ac mizal

Fakta atau Auta 2: Penipuan testimonial dengan meng”copy-paste” dari website-website mat salleh yang lain dan diletakkan ke Facebook Page Gelang AC Mizal (tengok tempat yang berwarna merah)

gelang ac mizal

gelang ac mizal

Banyak lagi testimonial-testimonial yang dicopy paste dari website-website mat salleh lain yang kemudiannya digunakan oleh pihak AC Mizal untuk menunjukkan keberkesanan produknya. Kami tak kisah sangat bab testimonial tue tapi kami kisah bab harga yang ditapau oleh AC Mizal. Kalau betullah harga kos gelang tersebut ialah USD25 dan dijual dengan RM1,000. Korang bayangkan berapa peratus punya keuntungan diambil? Itu yang boleh bagi untung jual sampai RM500 tue.

gelang ac mizal

Tepuk dada tanya selera. Dari info yang kami baca, sememangnya kami terasa ada sesuatu yang sedang berlaku di Konsortium AC Mizal ini. Kami bukannya nak menjatuhkan AC Mizal. Cuma ini sebagai satu peringatan dan langkah berjaga-jaga kepada mereka yang tergila-gilakan MLM. Check dulu before masuk mana-mana MLM.

Kesemua info ini diambil daripada blog Aidid Muaddib. So kami tak dapat nak buktikan kebenarannya. Nak tau lagi lanjut pasal gelang AC MIzal boleh baca blog dia.

No comments:

Post a Comment