Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, November 17, 2010

Mampukah Filem 2 Alam Dr Rozmey Kutip RM40 Juta? hehe

RM40 Juta?

dr rozmey filem 2 alam

Untuk yang tak nampak, kami tuliskan balik apa yang Dr Rozmey tulis wall Facebooknya:-

Keangkuhan dan kesombongan wartawan hiburan sekian lama terhenti dan padam. mereka tidak mampu lagi angkuh , memfitnah , mengkeji dan memaksa ddr mengikut rentak dan resam mereka utk kuburkan industri Filem,maruah bangsa dan negara di hujung mata pena mereka. selepas TSUNAMI ledakan Pecah panggung 40 Juta yg ddr cIpta. Masa utk positif dan hormati hak individu dan menulis dgn amanah dan jujur serta berbudi.

Nampaknya Dr. Rozmey bengang betul dengan tulisan sesetengah wartawan hiburan yang sudah pun menonton filem 2 Alam dan menulis review yang tidak elok tentang filem tersebut. Ramai wartawan hiburan kurang berpuas hati dengan filem 2 Alam dan menyoal kemampuan filem tersebut mengutip RM40 juta seperti yang disasarkan oleh Dr Rozmey.

Antara review-review wartawan hiburan yang sudah menonton filem 2 Alam ini ialah:-

1. Niezam dari Mstar

Dr Rozmey sebenarnya takut dengan kritikan wartawan kerana dia bimbang filem dia tak laku.Tapi masa dalam panggung memang rasa macam nak pecah juga kepala melihat 2 Alam.Filem itu bagus kalau ia digarap dengan baik. Tetapi sayang, garapannya “hancus”. Pelakon baru yang memegang watak utama dalam filem itu juga tidak hebat berlakon. Kalau dah tak popular, jadi tak payahlah disebut namanya.

2. Meor Shariman, NST

Menonton filem 2 Alam umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.

3. Klubkiddkl – Malay Mail

Sesiapa yang sanggup nak tengok 2 Alam -sedekahkanla saja duit tu pada makcik jual kerepek ke orang buta minta derma. Lebih puas

Kami tak berani nak komen tentang filem 2 Alam ini sebab tak tengok lagi. Tapi dari segi promosi memang kami respek dengan Dr Rozmey ini. Hebat. Gah semacam promosi dia. Setiap hari pun keluar suratkhabar Kosmo. Mungkin nak panggil seramai boleh penonton bersempena dengan tayangan perdananya 18 November ini.

Dengar ceritanya dah ada Facebook Anti Dr Rozmey. Ish-ish. Takkanlah sampai ke tahap tue kebencian sesetengah orang terhadap Dr. Rozmey. Apa-apa pun bagi kami senang je. Tengok dulu filem 2 Alam ini dan luahkanlah pendapat anda. Kalau tak best cakap tak best. Kalau best suruh kengkawan tengok. Senang begitu ~~

No comments:

Post a Comment