Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, November 9, 2010

The Cheetah Girls & The Cheetah Girls One World

3 FILEM BLOCKBUSTER : THE CHEETAH GIRLS, THE CHEETAH GIRLS 2 DAN THE CHEETAH GIRLS ONE WORLD RAIKAN CUTI SEKOLAH DI TV2

Khas buat tontonan peminat setia artis terkenal dikalangan remaja iaitu The Cheetah Girls yang popular dengan lagu Why Wait, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi kemeriahan cuti sekolah ini dengan menyiarkan 3 filem yang dibintangi empat anggota kumpulan remaja popular ini secara berturut-turut menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Bermula dengan tayangan filem The Cheetah Girls pada 23 November 2010 (Selasa), jam 10.00 malam, filem ini mengisahkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang remaja dikenali sebagai Galleria, Chanel, Aqua dan Dorinda. Mereka berkunjung ke Manhattan untuk menyertai sebuah ujibakat nyanyian. Di sana mereka bertemu dengan seorang produser bernama Jackal Johnson yang akan membawa mereka menjadi popular. Pelbagai konflik berlaku lantaran perlu membuat keputusan.

Kemudiannya usah ketinggalan menyaksikan pula kesinambungannya menerusi The Cheetah Girls 2 pada 30 November 2010 (Selasa), jam 10.00 malam.

the-cheetah-girls-2

Babak ceritanya bermula di Manhattan dimana Cheetah Girls baru melengkapkan tahun pertamanya dan mengadakan persembahan di Parti Graduasi Manhattan 2006. Kini mereka bercadang untuk mengunjungi Sepanyol. Namun kunjungan itu bukan sekadar untuk berlibur semata-mata sebaliknya mahu menghadiri sebuah pertandingan sempena Festival Muzik untuk mencari penyanyi baru.

Menariknya apabila Menyusul tayangan filem The Cheetah Girls One World yang bakal menemui penonton pada 14 Disember 2010 (Selasa), jam 10.00 malam. Penonton dibawa mengikuti kesinambungan Cheetah Girls dari sudut yang berbeza pula.

THE CHEETAH GIRLS

Setelah berjaya dalam bidang nyanyian, mereka mencuba bakat yang ada untuk menjadi pelakon pula. Mereka iaitu Galleria (Raven-Symoné) menuntut di Universiti Cambridge di England, Chanel (Adrienne Bailon), Dorinda (Sabrina Bryan) dan Aqua (Kiely Williams) terpilih untuk menjayakan filem terbaru Bollywood bertajuk Namaste Bombay.

Ketika itu The Cheetah Girls pun mengembara merentas ke bumi India. Setiba mereka di sana mereka berjumpa dengan Rahim (Rupak Ginn), pelakon utama filem tersebut yang kacak. Setelah bertemu dengan Gita (Deepti Daryanani) iaitu koreografer filem tersebut, tercetusnya perlawanan menari antara mereka bertiga menentang Gita dan penari-penarinya.

Konflik berlaku apabila pengarah muzik filem berkenaan iaitu Vik (Michael Steger) hanya mampu memilih salah seorang daripada mereka dipilih untuk menjadi bintang kerana bajet yang tidak mencukupi.

Ketiga-tiga filem hebat ini dibintangi watak utamanya Raven Symone, Adrienne Bailon, Sabrina Bryan, Kiely Williams dan Roshan Seth.

Justeru peminat The Cheetah Girls usah ketinggalan menyaksikan The Cheetah Girls pada 23 November 2010, The Cheetah Girls 2 pada 30 November 2010 dan diakhiri The Cheetah Girls One World pada 14 Disember 2010 (Selasa) yang kesemuanya disiarkan jam 10.00 malam di TV2.Click Her

No comments:

Post a Comment