Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

SAKA JENTAYU, Datangnya Tidak Diundang


Wah,semakin hari semakin banyak cerita-cerita seram yang ditayangkan di TV3. Rating penonton yang menonton drama-drama yang berunsur seram ini juga semakin juga meningkat naik sehingga mencecah 2 juta penonton! Dan terbaru TV3 akan menayangkan sebuah lagi drama yang berunsur seram iaitu "Saka Jentayu".

Kalau dilihat dari tajuknya sahaja kita sudah dapat bayangkan drama ini mengenai apa. "Saka Jentayu" mengisahkan seorang wanita bernama Jentayu (Zarina Zainordin) yang sering didatangi oleh jin saka, Inyiak Utieh milik datuknya. Kekacauan ini berlanjutan sehingga kehidupan Jentayu menjadi kacau-bilau. Pelbagai cabaran yang mengganggu hidup Jentayu dan akibat termakan hasutan jin saka tersebut, Jentayu setuju mewarisi jin saka nenek moyangnya itu. Semakin hari Jentayu semakin tersasar daripada ajaran agama.

Drama bersiri terbitan Wayang Tinggi Production ini mempunyai 13 episod. Diarahkan oleh Abdul Azizi Awang Ghazali, "Saka Jentayu" dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Wan Hanafi Su, Hairi Safwan, Khairil Anwar, Fathil Dani dan Kuswadinata.

Sesi pengambaran bagi "Saka Jentayu" telah dijalankan di Daerah Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Keunikan drama "Saka Jentayu" ini ialah ia memaparkan seni tradisi Minangkabau.

Nantikan kemunculan "Saka Jentayu" yang akan keudara mulai 25 November 2010, di slot Seram setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Hanya di TV3!

Pelakon utama "Saka Jentayu": Zarina (Jentayu) dan Ungku Ismail (Faris)

Pengarah "Saka Jentayu", Abdul Azizi Awang Ghazali

No comments:

Post a Comment