Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Al Fatihah,

Ini berita yang baru diterima. Shamrin Fotograf meninggal dunia. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.


Menurut sumber, sebelum Shamrin Fotograf meninggal dunia, beliau baru sahaja hadir di majlis pelancaran Duit Syiling P Ramlee dan tampak sihat seperti biasa.


Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini.




Allahyarham Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.


Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan 5 buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).


Antara lagu-lagu kumpulan ini yang telah mendapat sambutan yang hangat ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan, Di Alam Fana Cintamu – duet Sharifah Aini (Pernah memenangi Lagu Terbaik Kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga Anugerah Khas Muzik-Muzik) dan Luka Seribu Rindu.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shamrin, moga rohnya di tempatkan dalam kumpulan orang beriman. Amin...

No comments:

Post a Comment