Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, November 17, 2010

(GAMBAR) Ariel Sharon bekas PM Israel laknaktullah Akhirnya Dibawa Pulang

isuhangat

Gambar di atas ialah gambar yang hangat Ariel Sharon yang koma. Gambar kecil pula ialah gambar Firaun kerana umat Islam menyamakan Ariel Sharon dengan mumia pemerintah zalim tu. Mantan Perdana Menteri Israel itu telah koma selama 5 tahun. Minggu lalu keluarganya memutuskan untuk merawat bekas orang nomor satu Israel itu di rumah.


isuhangat

Pada pagi Jumaat lalu, kelihatan ambulan membawa bekas perdana menteri Israel. Ambulans dari unit intensive care yang membawa Ariel berjalan dengan kawalan ketat polis menuju Sycamore Farm, kediamannya yang terletak di bagian selatan Israel.

Shlomo Noi, ketua unit Sheba Hospital, dekat Tel Aviv, menyatakan pada radio Angkatan Darat Israel bahawa Ariel Sharon akan di bawa kembali ke hospital pada hari minggu untuk dibuat latihan beberapa kali sebelum dapat dipastikan bahawa dia boleh diubati di rumah secara tetap.

Pada 4 Januari 2006, ia mengalami stroke menyebabkan dia koma dan tak tidak pulih sehingga kini. Sharon, 82 tahun, dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Manakala umat Islam menggelarnya penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila pada tahun 1982

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin. - isuhangat

No comments:

Post a Comment