Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

MAGIKA di Singapura!

Antara barisan pelakon "Magika"
Whoa! Nampaknya populariti filem pertama arahan Edry Abdul Halim, "Magika" sudah melandaSingapura! Penayangan Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) ini sudah pun bermula hari ini di negara jiran kita di tiga buah lokasi pawagam iaitu GV Yishun, Cathay Causeway Point dan Cathay Downtown East.

"Magika" yang sudah pun mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM3.13juta sehingga kelmarin seperti yang dapat dilihat di laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini telah merangkul tujuh anugerah di FFM23 antaranya adalah Pengarah Harapan, Lagu Tema Asal Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

"Magika" mengisahkan dua adik-beradik, Ayu (Diana Danielle) dan Malik (Fimie Don) yang tersesat di dalam dunia ghaib bernama Magika. Mereka cuba mencari jalan pulang dengan bantuan Badang (Mawi). Selain Diana, Fimie dan Mawi, "Magika" turut dibarisi artis ternama seperti Ziana Zain, Ning Baizura, M.Nasir, Aznil Nawawi, Adibah Noor, Maya Karin dan ramai lagi.

Pengarah "Magika", Edry Abdul Halim di malam kemuncak FFM23

No comments:

Post a Comment