Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

Hujan pertaruhkan LONELY SOLDIER BOY

HUJAN (Foto kredit: Facebook Hujan)
Band rock alternatif yang sedang meningkat di persada muzik tempatan, Hujan bakal muncul dengan album terbaru mereka! Sebanyak 14 buah lagu akan dimasukkan dalam album terbaru yang diberi judul Lonely Soldier Boy.

Sempena pelancaran Lonely Soldier Boy di Berjaya Times Square pada 25 November akan datang, Hujan bakal mengadakan persembahan secara 'live' beberapa buah lagu yang dipetik daripada album terbaru mereka buat julung kalinya.

Bagi raingers yang ingin mendapatkan pas eksklusif untuk showcase tersebut, bolehlah mendapatkannya di Era.fm, X.FM, MTV dan Astro Hitz.TV. Jika tidak berpeluang memenanginya, anda bolehlah membeli album Lonely Soldier Boy pada majlis pelancaran tersebut.

Hujan yang popular dengan lagu "Pagi Yang Gelap" dan "Bila Aku Sudah Tiada" sebelum ini pernah muncul dengan tiga buah album di mana salah satunya adalah album 'live'. Bagi album Lonely Soldier Boy, Hujan mempertaruhkan single pertama mereka, "Muda" dan beberapa buah lagu lain seperti "Lonely Soldier Boy", "Kotak Hati", "Bagaikan Matahari" dan juga "Di Kala Bulan Bermain Biola".


No comments:

Post a Comment