Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

Bra USD 2 Juta Dari Victoria Secret!


Victoria's Secret yang diasaskan oleh Roy Raymond telah berjaya menarik ramai artis terkenal seperti Tyra Banks, Heidi Klum, Victoria Beckham dan lain-lain. Jika sebelum ini ada baju, kasut, telefon, dan sarung tangan yang harganya berjuta, kali ini Victoria 's Secret pula kembali ke pentas fesyen dengan keluaran bra yang berharga USD$2 juta! Anda bukan salah baca, ini berita yang benar. Mungkin juga bra Victoria's Secret ini adalah yang termahal di dunia sekarang.

Bra USD$2 juta ini telah diperagakan oleh model Victoria's Secret Angel, Adriana Lima pada 20 Oktober lepas di Victoria's Secret SOHO, Manhattan, Amerika Syarikat. Bra yang sangat 'bling-bling' ini telah diberi nama Fantasy Bombshell dihiasi dengan berlian 60 karat serta 82 karat topaz dan safir boleh mencairkan mana-mana lelaki dan wanita yang melihatnya.

Fantasy Bombshell ini telah direka oleh pereka dari Itali, Damiani dan ia mengambil masa selama 1500 jam untuk menyiapkannya. Satu usaha keras untuk menyiapkan sebuah seni yang berkilauan., kan? Jika ada yang bertanya sama ada bra ini selamat digunakan, pemakainya model terkenal Adriana Lima memberitahu, "Bra ini sangat selesa dan seperti memakai push-up bra".

Adakah anda berani memakai bra semahal ini?





No comments:

Post a Comment