Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 14, 2010

Filem terbaru BATMAN!


Ah! Akhirnya kita sudah ketahui sedikit info rasmi mengenai filem francais terbaru "Batman". Pengarah Christopher Nolan sudah mengumumkan tajuk filem ketiga "Batman" yang berjudul "The Dark Knight Rises".

Seperti yang dipetik daripada temu ramah bersama Los Angeles Times, Nolan turut menidakkan spekulasi kononnya watak The Riddler akan memegang watak antagonis dalam filem tersebut. Nolan juga memberitahu mereka akan menggunakan watak-watak yang sama seperti yang mereka ada dan pada masa yang sama akan memperkenalkan beberapa watak baru.

Selepas filem pertama "Batman Begins" dan filem ketujuh yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang masa, "The Dark Knight", filem "The Dark Knight Rises" dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment