Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 21, 2012

40 Wanita Israel Bogel Sokong Blogger Wanita Mesir Bogel (*video)


Empat puluh wanita Israel berposing bogel untuk menyokong blogger wanita muda Mesir yang mendapat kritikan dan ancaman kerana menyiarkan gambar bogel diri sendiri untuk membantah had kebebasan bersuara di negara itu.

Penganjur acara di Israel itu berkata beliau mahu menunjukkan sokongan bagi wanita seperti aktivis Mesir iaitu Aliya Al-Mahdy, dan menunjukkan kepada dunia 'sebab yang baik untuk melihat keindahan unik wanita Israel'.

"Tidak kira sama ada mereka Yahudi, Arab, lurus atau Lesbian - kerana di sini, pada masa ini, ia tidak dihiraukan . ... Mari kita tunjukkan kepada yang ragu-ragu bahawa wacana antarabangsa kami tidak bergantung kepada kerajaan," Or Tepler memberitahu YNet News.

Tepler menganjurkan acara itu di Facebook. Para peserta telah bergambar memegang tanda mengatakan 'Cinta tanpa Had', dan 'penghormatan kepada Aliaa Elmahdi. Saudara-saudara perempuan di Israel.'

Sebelum ini tindakan undang-undang telah diambil terhadap Aliya al-Mahdy.



Potret Telanjang Aliaa Magda Elmahdy Aktivis Mesir Cetus Kontroversi


Sebelum ini, seorang aktivis dan blogger Mesir bernama Aliaa Magda Elmahdy menuai pujian dan kutukan setelah memposting potret telanjang dirinya serta foto bogel lain di blog miliknya sebagai suatu ekspresi pribadi.

Posting foto telanjangnya ini telah mendorong perdebatan di laman sosial Twitter dan telah di akses lebih dari 133,000 kali, dimana terjadi perdebatan sengit antara pihak pro dan kontra terhadap aksi Aliaa ini.

"Saya mempunyai hak untuk hidup bebas di mana-mana tempat," Aliaa menulis di blog beliau. "Saya berasa gembira dan sendiri berpuas hati apabila saya merasakan bahawa saya benar-benar bebas," katanya.

Dengan menggunakan tajuk “fan a’ry,” " yang bermaksud seni bogel, Aliaa menghantar beberapa gambar dirinya yang sedang telanjang.

Pelajar seni media di Universiti Amerika di Kaherah, Aliaa mengambil gambar di tempat ibu bapanya itu.

Blognya juga mempunyai gambar seorang lelaki duduk telanjang yang memegang gitar.

Aliaa Tidak Beragama

Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.

Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu.

Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.

Bangga Hilang Dara Pada Usia 18 Tahun

Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.

Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.

No comments:

Post a Comment