Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 20, 2012

(Gambar) Siapa Sebenarnya Farah Lee Yang Memikat Hati Ally Iskandar


Terpikat dengan keteguhan prinsip dan pendirian penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Farahin Romli atau Farah Lee, 22, yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan, telah membuatkan pengacara terkenal, Ally Iskandar,36, memutuskan untuk berkahwin dengan gadis tersebut pada 20 Januari ini.

farah lee adalah adik angkat zizan
Hubungan yang terjalin bermula selepas keluarga Ally mengesyorkannya untuk dia berkenalan dengan gadis berkenaan terlebih dahulu, apatah lagi mereka sama-sama berasal dari Terengganu iaitu tempat kelahiran Ally Iskandar.

Tanpa menolak, pertemuan pertama yang telah direncanakan oleh Ibu Ally Iskandar dan adiknya itu telah menjadi bibit kemesraan mereka berdua.


"Ketika pertama kali ibu mengesyorkan saya mengenali Farah, saya terus mencarinya dan berkomunikasi dengannya di laman sosial, Facebook kerana ketika itu dia masih menuntut di Korea Selatan.

"Kemudian kami memutusakn untuk berkenalan dan berjumpa selepas dia pulang bercuti di Terengganu.

Gambar Ahli Keluarga Farah Lee

farah lee dan adik beradiknya

"Selepas berjumpa dan berkenalan, saya mula rasa selesa dan terpikat dengannya. Keteguhan prinsip yang ada pada dirinya membuatkan saya terpikat dengannya.

"Dia seorang wanita Muslim yang baru saja bertudung dan berhijrah ketika dia belajar diKorea Selatan beberapa tahun lalu.

"Saya terpikat dengan kekuatan iman yang ada dalam dirinya ketika berada di negara luar yang pastinya banyak cabaran," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my

Tidak mengambil masa yang lama seperti pasangan bercinta yang lain, setelah beberapa kali berjumpa Ally Iskandar telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan keluarga Farah bagi membincangkan mengenai hal perkahwinan.


pandai juga farah lee main gitar


"Saya dan keluarga ke rumahnya pada hari ketiga Syawal. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan bersama, kami menetapkan untuk mendirikan rumah tangga pada 20 Januari ini.

"Singkat atau lambat bukan persoalanya. Kerana apa yang penting jodoh saya sudah sampai dan saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkannya kali ini," tegasnya.


Tidak seperti kebanyakan pasangan berumah tangga yang lain, Ally dan bakal isterinya itu akan berjauhan selepas dua bulan berkahwin kerana Farah akan menyambungkan pengajiannya di Korea Selatan yang dijangka tamat pada tahun hadapan.

"Saya anggap kami adalah pasangan yang unik. Selain perbezaan usia yang agak jauh, kami juga adalah pasangan yang punya komitmen yang berbeza yang mana dia masih menuntut dan saya sudah bekerja.

"Jadi saya perlu hormat apa yang dilakukannya sekarang. Sementara dia meneruskan pengajian di sana, saya akan berada disini untuk bekerja.

"Mungkin ini adalah dugaan buat kami. Masing-masing perlu saling mempercayai selain menjaga amanah diri sebagai pasangan suami isteri," tambahnya lagi.

Majlis akad nikah yang akan berlangsung pada 20 Januari ini, akan diadakan di rumah keluarga bakal isterinya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainalpada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila terputus di tengah jalan pada 30 Jun tahun lalu selepas lima bulan mengikat tali pertunangan. -murai-

No comments:

Post a Comment