Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 20, 2012

Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dengan Farah Lee



As-Salam.
Akhirnya, Ally Iskandar telah selamat bernikah dengan Farah Lee. Majlis pernikahan Ally dan Farah dilangsungkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Tahniah, tahniah buat kedua-duanya. Moga berkat, moga ikatan terbina kukuh dan kekal hingga ke akhir hayat.

Farah Lee atau Nurfarahin Romli, seorang pelajar kejuruteraan dan juga blogger menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Ally yang merupakan pengacara TV3 menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.


Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar - Farah Lee



Sumber Asal: Gambar | Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dengan Farah Lee | CERITERA SUKU ABAD
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

No comments:

Post a Comment