Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 20, 2012

Ally hadiah rumah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar,” kata pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, yang sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, semalam.

Ally yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih kelihatan tenang ketika dinikahkan jurunikah Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250 tepat jam 10.03 pagi.


Seperti pasangan lain, Ally turut mengharapkan perkahwinan dibinanya bersama Nurfarahin, penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Incheon, Korea Selatan berkekalan hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri. Keayuan wajahnya dan pendirian tegasnya dalam sebarang keputusan dibuat antara sebab saya tertarik dengannya.


“Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya sambil memaklumkan belum memilih sebarang lokasi berbulan madu.


Menurutnya, dia akan ke Korea Selatan selama enam hari pada awal Mac depan untuk menghantar isterinya yang akan menyambung pengajian tahun akhir di negara berkenaan.

“Ia ibarat bulan madu singkat buat kami di sana sebelum terpaksa berpisah sementara. Nampaknya selepas ini saya perlu mengumpul wang untuk melawat isteri sepanjang berada di sana kelak,” katanya dalam nada bergurau.


Hadir sama pada majlis akad nikah bertemakan merah jambu dan ungu itu adalah keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee dalam kalangan rakannya dan tampak cantik mengenakan gaun putih turut melahirkan rasa syukur kerana doanya untuk mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut dimakbulkan.


“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang bukan saja menyayangi saya dan keluarga, tetapi boleh membimbing saya.


“Sebagai isteri, saya akan cuba menyesuaikan diri dan melakukan yang terbaik untuk memahami pekerjaan suami yang dikenali ramai,” katanya.


Pada majlis itu, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan termasuk bunga rampai, iPhone, kemeja, jubah, sejadah, baju Melayu, senaskhah al-Quran, manisan serta coklat manakala pengantin perempuan pula menerima balasan tujuh dulang hantaran antaranya sirih junjung, telekung, sejadah, sebentuk cincin, mas kahwin, kunci rumah, coklat, manisan, komputer riba jenama Apple dan senaskhah al-Quran.


Bagaimanapun, Nurfarahin tidak menerima wang hantaran daripada pihak lelaki, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah dibeli Ally di Damansara, Kuala Lumpur.


Dianggarkan lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir memeriahkan majlis berkenaan dengan wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki. Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, di sini, 5 Februari depan.

No comments:

Post a Comment