Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 21, 2012

Tony Fernandes Kejap Kata Keluar Sekarang Nafi Tinggalkan AirAsia


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan yang beliau akan meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam waktu yang terdekat ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia, kenyataan Tony sebelum ini hanya merujuk pada aspirasi dan jangkaan terhadap penggantinya sekiranya beliau mengambil keputusan untuk bersara pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Kumpulan kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melepaskan kepimpinan beliau daripada syarikat ‘tidak lama lagi’,” kata kenyataan itu.

Kenyataan penafian AirAsia merujuk pada laporan Bernama pada Khamis yang membayangkan Tony mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Dalam laporan Bernama itu juga menjelaskan kenyataan Tony pada majlis ulang tahun syarikat ke-10 bahawa AirAsia boleh menjangkakan kepimpinan baru tidak lama lagi meskipun tanpa memberikan garis masa yang sebenar berhubung perkara tersebut.

Laporan itu turut menyebut kenyataan yang dibuat oleh Tony dengan mengatakan “....kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.” (“…the three of us have plenty of things to do.”) membabitkan Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Kamarudin Meranun.

Menurut AirAsia, kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga pihak berkenaan sebenarnya akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak peluang demi syarikat penerbangan itu menerusi kepimpinan mereka bagi tahun-tahun yang mendatang

No comments:

Post a Comment