Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

Penawaran Tiket Konsert Avril Lavigne

2011 merupakan tahun yang gemilang buat JS Concert Productions dengan penganjuran konsert-konsert Justin Beiber, Westlife, Whitesnake and Pitbull... Dan kegemilangan tersebut bakal diteruskan di mana 4 konsert anjuran JS Concert bakal menggegarkan Malaysiapada suku pertama tahun 2012

Dimulakan dengan konsert Simple Plan di KL Live pada 14 Januari ini, disusuli pula dengan extravaganza berkembar pada bulan Februari - Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada 18 Februari dan Evanescence pada 23 Februari juga di KL Live. Jessie J pula bakal menghiburkan para peminat beliau di SurfBeach, Sunway Lagoon pada 16 Mac. Melihat pada jumlah 30 000 *Like pada facebook JS Concerts, ternyata mereka kian mendapat sokongan hebat dari penggemar muzik.

Sebagai tanda penghargaan, JS Concerts kini menawarkan penggemar-penggemar konsert di seluruh Malaysia dengan tawaran yang "tiada sesiapa akan mahu menolaknya" ... tawaran tersebut merupakan bagi setiap pembelian 2 tiket ke konsert Simple Plan (semua kategori), pembelinya secara automatik akan menerima juga sekeping tiket Avril Lavigne Rock Zone berharga RM198 secara PERCUMA untuk menyaksikan konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka nanti. Caranya mudah sahaja... bawa 2 tiket konsert Simple Plan ke konsert mereka pada 14 Januari nanti untuk mendapatkan satu tiket percuma ke konsert Avril Lavigne pula.

No comments:

Post a Comment