Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

Fenomena SEARCH Melanda Kuala Lumpur

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR

Setelah jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search bermula di Pulau Pinang dan singgah di negeri kelahiran mereka di Johor Bahru , kini tiba masanya untuk Kuala Lumpur , tempat yang mula-mula Search mencipta nama dan seterusnya menghasilkan gelombang fenomena Rock ! Penukaran lokasi ke kawasan tertutup Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Mines Resort City sebenarnya memberikan keselesaan yang begitu bermakna kepada ribuan peminat Search yang hadir . Apatahlagi pada sebelah petang sebelum konsert bermula beberapa kumpulan telah membuat persembahan antaranya Bittersweet dan Pesawat dalam menyambut gerombolan peminat rock yang sedang memenuhi kawasan yang sangat selesa Dalam masa menunggu juga mereka turut dihangatkan oleh beberapa pengacara seperti Nana , Burn AF dan Johan

Pada hari tersebut kelihatan ramai peminar rock yang amat gembira dengan layanan penganjur . Search berjaya meletakkan muzik rock pada kelas yang tersendiri , dan kejayaan mereka menarik beribu-ribu peminat adalah dijangka dengan barisan album yang menjulang lagu-lagu mereka dan memberikan nilai-nilai penuh nostalgia , inilah Search , anda boleh katakan itu semuanya lagu lama , tapi lagu lama inilah yang menghidupkan dan memberi seribu kenangan kepada 15000 ribu peminat yang hadir .

Konsert pada malam tersebut dimulakan oleh kumpulan Koffin Kanser , mereka memulakan intro yang sangat dikenali , iaitu daripada lagu “Isi dan Kulit” sebelum pantas membuka lagu mereka iaitu “Virus” , “Gott” , “Perjalanan” , “Positive” . Aru dengan gaya rambut dreadlock membuatkan ramai mula memberikan perhatian , ‘musicianshipKoffin Kanser memang kental . Mereka meneruskan dengan lagu cover daripada Search dengan lagu yang sangat dikenali oleh mat rock iaitu “Balada Pemuzik Jalanan” , peminat yang tidak sabar menanti Search kelihatan rancak menyanyi bersama-sama , sebelum menutup dengan lagu “Zionis

Tepat jam 9 malam , Yazit (dram), Nordin (gitar), Nasir (bass) dan Kid (gitar) mula naik ke pentas , sorakkan mula bergema , mereka memulakan intro , Amy mula naik ke pentas lantas terus memainkan lagu pertama daripada album “Rock N Roll Pie” iaitu “Panggung Khayalan” sebuah lagu rancak yang membuatkan peminat terus melonjak , seterusnya lagu “Ghotik Malam Edan” terus menghangatkan suasana rock , peminat yang ramai menunggu semenjak petang seolah menghembus nafas lega dengan pembuka yang rancak apatah lagi seterusnya lagu “Fenomena” antara lagu unggul kumpulan Search yang mencipta fenomena ketika itu , buat para peminat yang melebihi usia 30 tahun ia bagaikan berjalan ke suatu era. Tidak sempat para peminat memahat ingatan kesyahduan lagu “Fenomena” , lagu rancak “Musnah” dan “Metropolitan” memecah suasana dengan produksi yang cukup berkualiti , gitar distortion yang jelas memenuhi setiap ruang , dengan lagu “Berlayar Bahtera” mula mengambil perhatian , peminat kelihatan begitu berpuas hati , sambil sing-a-long dalam kebisingan . Intro daripada keyboardist Firdaus dengan efek laungan serigala adalah pembuka kepada lagu “Serigala Segalanya” dan tentunya penutup set pertama adalah daripada album klasik mereka “Cinta Buatan Malaysia” dengan lagu “Balada Pemuzik Jalanan” , solo Kid yang bersolo panjang memberikan kenangan kepada lagu rock yang terus menjadi pujaan dari dahulu sehingga kini.

Lagu “Isabella” terus mencengkam suasana , dinyanyikan sambil screen diatas pentas memaparkan scene daripada filem “Isabella” lakonan Amy sendiri dan meneruskan dengan lagu “Melastik Ke Bintang” dan lagu rancak “Cakap Memang Murah” .

Sebagaimana di 2 lokasi sebelum ini , promo video Search dipaparkan kepada penonton yang menemuramah daripada orang muda hingga ke yang tua dalam menceritakan pengaruh muzik Search yang amat signifikan kepada masyarakat pada tahun 80an , tiada siapa yang tidak mengenali Search, mereka mendominasi stesen TV dan radio ketika itu .

Lagu-lagu balada yang telah menaikkan nama Search , “Rozana” dan “Bisa” mula mengambil tempat dan terus bergema dengan peminat yang turut menyanyi bersama-sama dan Search meneruskan dengan lagu balad terkenal mereka dengan “Laila Namamu Teratas” , “Kejora” dan “Gadisku” , ia bagaikan saat yang tidak dapat dilupakan , sememangnya penganjur menepati janji mereka dengan sound yang berkualiti , ini cukup memberikan impak yang sangat besar kepada lagu-lagu dan seterusnya memberikan keterujaan kepada peminat .

Search sempat menghadiahkan beberapa biji bola kepada para penonton , sebelum mula menjemput M.Nasir iaitu antara orang yang bertanggungjawab dan penting dalam kerjaya mereka dan seterusnya menaikkan nama Search . Amy dan M. Nasir berduet dalam 3 lagu iaitu “Mat Rock” , “Paranoid” dan “Titian Usang” . Walaupun M.Nasir adalah penulis dan pencipta untuk ketiga-tiga buah lagu tersebut , ia seperti tidak bersesuaian dengan vocal M.Nasir yang lebih bass . Apapun ini sebagai satu penghargaan Search kepada mentor mereka sempena konsert ulangtahun yang ke 30 .

Amy berehat seketika dengan Kid dan Din memaparkan kemahiran gitar mereka . Apabila Amy mula diatas pentas, lagu “Isi atau Kulit” membuka set ke-3 , dengan konsert lebih 2 jam peminat bagaikan tidak berasa letih langsung, suasana tetap gemuruh . Lagu “Langit Dan Bumi” dan “Menara Kesesatan” membuat konsert ini sentiasa hangat dengan kerancakan . Mengambil tempat adalah antara lagu mereka yang sangat klasik “Mentari Merah Di Ufuk Timur” , lagu perlahan yang sangat memorable daripada Search .

Dan seterusnya lagu “Pelesit Kota” dan “Pawana” memberikan energi saat terakhir sebelum jelajah Konsert Fenomena 30 ditamatkan dengan lagu “Fantasia Bulan Madu” daripada album “Mentari Merah Di Ufuk Timur” yang mencatatkan penjualan terbanyak dalam sejarah album Search .

26 buah lagu dengan jangkamasa 3 jam , Search membuktikan yang mereka masih utuh dan lagu-lagu mereka terus relevan dan diminati sepanjang zaman . Search juga menunjukkan stamina yang meyakinkan .

Tidak banyak percakapan Amy yang boleh dicoretkan , ia hanya interaksi biasa antara peminat . Namun daripada segi ekspresi wajah Amy , beliau jelas kelihatan sangat gembira dan menyaksikan Amy hampir menangis dalam kegembiraan . Kuala Lumpur sememangnya antara yang paling ramai dalam 2 lokasi sebelum ini . Bukan sahaja Amy malah Kid, Nasir , Nordin dan Yazit jelas memaparkan wajah kegembiraan dan kepuasaan . Melihatkan 15000 peminat yang sentiasa bersama mereka , dan ribuan lain lagi di Utara dan Selatan tanahair .

Dengan ini berakhirnya Konsert Fenomena 30 Tahun Search, antara rumusan yang dapat kami berikan sepanjang mengikuti jelajah mereka , ini adalah antara yang konsert terbaik Search untuk ketiga-tiga lokasi , segala masalah dapat diatasi dengan mudah dan produksi serta stage yang sangat berkualiti.

Selepas ini Search akan menakluk Borneo pula . Pada 24 Disember di Kompleks Sukan Tawau , Sabah dan 31 Disember di Stadium Negeri Kuching , Sarawak . Tiket untuk kedua-dua lokasi hanya RM25 sahaja .

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR


No comments:

Post a Comment