Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, January 22, 2012

Perkara Yang Dapat Dipelajari Daripada Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak. Siapa tidak kenal. Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia. Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini. Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.

1. Mengaku Silap

Kita semua manusia. Tidak sempurna.

Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.

Ini dinamakan exit strategy.

Barangkali plan pelaburan kita adalah A,B,C. Namun, apabila kita melaksanakan plan tersebut ia tidak menjadi. Rupanya kita tersilap. Jangan tunggu lama-lama.

Keluar dari pelaburan tersebut.

2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu

Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.

Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.

Justeru, pastikan kita mempunyai orang yang dapat kita rujuk apabila berhadapi situasi tertentu dalam urusan pelaburan kita. InsyaAllah, ada jalan yang terbaik.

3. Life Goes On

Jika bisnes gagal, jangan kecewa tertonggeng.

Pelaburan rugi, tidak perlu bersedih. Kita belum mati.

Itu adalah asam garam dunia bisnes dan pelaburan. Hanya skim cepat kaya menjanjikan untung sampai bila-bila.

Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.

Kerugian yang lepas tu lepas lah. Buat yang baru.


No comments:

Post a Comment