Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 20, 2012

Saya Terima Abang Ally Sebab Dia Matang – Farah Lee



KUALA TERENGGANU: “Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka,” kata Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36.

Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.


“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam. -hmetro-

No comments:

Post a Comment