Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

AVRIL LAVIGNE Black Star Tour Live In Malaysia

Avril live in Malaysia

TUNETALK dengan kerjasama JS Concert Productions mempersembahkan Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia! Konsert tersebut yang merupakan siri jelajah dunia, akan menjadikan negara kita sebagai persinggahannya pada 18 Februari 2012 nanti di Stadium Merdeka, Kuala Lumpurbermula jam 8.30 malam.

Avril Lavignemula menapak masuk ke dalam industri muzik internasional seawal usia 17 tahun lagi melalui album sulung beliau “Let Go”. Melalui album tersebut, Lavigne menjadi artis solo wanita pertama yang berjaya menduduki #1 di carta UK. Selain daripada itu, album tersebut juga telah berjaya mendapat pengiktirafan 4 kali platinum dari segi jualannya oleh Recording Industry Association of America. Setibanya tahun 2009, lebih 18 juta unit album tersebut telah laris di seluruh dunia. Single beliau “Complicated” pula menduduki tangga teratas carta di beberapa negara.

Lavigne turut berjaya mencapai kejayaan peribadi beliau dengan buat pertama kalinya menduduki #1 pada carta jualan album di U.S. Billboard 200 menerusi album kedua beliau, “Under My Skin”. Album yang dikeluarkan pada tahun 2004 itu akhirnya berjaya mencecah jualan melebihi 10 juta unit pada pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2007, “The Best Damn Thing”, album ke-3 Lavigne pula, menjadi album ketiga beliau yang menjejaki #1 di UK Albums Chart yang turut menampilkan single “Girlfriend” yang menduduki #1 pada carta BillboardHot 100.

Album ke-4 Lavigne, “Goodbye Lullaby” telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini dan membuktikan keunggulan beliau sebagai artis dengan album tersebut sekali lagi menjadi album top 10 pada carta U.S. Billboard 200 dan UK Albums Chart.Pada carta jualan album di Jepun dan Australia, “Goodbye Lullaby” menjejaki #1! Setiap lagu di dalam album tersebut adalah hasil komposisi Lavigne sendiri dengan separuh daripadanya adalah dengan bantuan co-writers. Album tersebut turut langsung menduduki top 5 pada carta-carta di 15 buah negara seperti U.S. dan Canada serta menduduki #1 pada carta-carta utama di Jepun, Australia, Jerman, Yunani, Taiwan, Korea, Singapura, Hong Kong and Republik Czech. Single “What The Hell” dari album tersebut menjadi top 20 di USA, top 10 di Eopah dan Australia serta top 5 di Asia. Album tersebut turut memuatkan versi lanjutan soundtrack bagi filem “Alice In Wonderland” terbitan tahun 2010. Lagunya berjudul “Alice”.

Selain bidang nyanyian, Lavigne turut mencuba bidang lain di dalam profil beliau yang mengkagumkan. Pada 2006, beliau telah merakamkan suara bagi filem animasi “Over the Hedge” dan turut mencuba bakat dalam bidang lakonan buat pertama kalinya dalam filem “Fast Food Nation”.Dalam bidang perniagaan pula, Lavigne telah mengeluarkan minyak wangi beliau sendiri jenama Black Star pada 2008 dan ini diikuiti pula oleh jenama Forbidden Rose dua tahun berikutnya. Pada tahun ini, beliau telah mengeluarkan jenama minyak wangi ketiga beliau – Wild Rose. Abbey Dawn pula merupakan jenama pakaian yang beliau keluarkan pada tahun 2009.

Walaupun mengecapi kejayaan pada bidang nyanyian dan perniagaan, namun lain halnya pula bagi kisah rumah tangga beliau. Rumah tangga beliau bersama gitaris merangkap vokalis Sum 41 iaitu Deryck Whibley pada Julai 2006 hanya mampu bertahan selama 3 tahun. Namun begitu, pasangan tersebut masih bekerjasama dalam penerbitan album ke-4 Lavigne serta single “Alice”.

Sepanjang karier nyanyian beliau, Avril Lavigne telah mengecapi kejayaan #1 secara global bagi single-single "Complicated", "Sk8er Boi", "I'm with You", "My Happy Ending" dan "Girlfriend". Dengan lebih daripada 30 juta unit jualan bagi album-album beliau, Lavigne merupakan artis yang top-selling di U.S. – satu fakta yang telah disahkan oleh RIAA (Recording Industry Association of America).

Untuk menyaksikan Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia,anda bolehlah membeli tiket-tiket konsert tersebut di cawangan-cawangan berikut:-
-Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Tiket-tiket berharga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular). Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau dapatkan tiket secara online melalui www.ticketpro.com.my

Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia is dipersembahkan oleh TUNETALK dan dibawakan kepada anda olehJS Concert Productions.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 14 Disember yang lalu dan pembelian awal (early birds) akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Diskaun ini sah hanya sehingga 31 Januari 2012.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia silalah layari www.jsconcert.comdan https://www.facebook.com/JSConcertProductions

No comments:

Post a Comment