Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 21, 2012

Wang Kertas dan Duit Syiling Siri Baharu -BNM


Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa reka bentuk siri baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012. Ini merupakan satu usaha yang diambil secara berkala dalam tempoh dua belas tahun. Tema reka bentuk mata wang siri baharu ini akan mengandungi ciri yang khusus bagi Malaysia dan juga mempunyai ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu ini adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. Sementara itu, duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu ini merupakan siri yang ketiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20sen dan 50 sen. Siri baharu wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur daripada edaran.

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baharu mata wang ini, Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baharu ini dengan mudah.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baharu mata wang ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu pada suku ketiga tahun 2011.

No comments:

Post a Comment