Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

LEFTHANDED Reunion Khas Buat Peminatnya

Penyerahan Kontrak Antara Lefthanded dan En Mansur daripada PM Studio

Lefthanded Live In Borneo Lefthanded Live In Borneo
Lefthanded Live In Borneo

Nama Lefthanded seakan sudah sebati buat penggemar rock ‘kental’. Kewibawaan, kerakusan mereka ketika berada diatas pentas, energi dan lagu-lagu yang sentiasa mendapat tempat di hati para peminat mereka khasnya peminat wirama rock 80an. Sekitar tahun 1979 ‘THE LEFTHANDED’ mula ditubuhkan, namun setelah mengambil kira pelbagai faktor perkataan ‘THE’ telah digugurkan. Man Kidal, Yan, Samad, Nash, Man Dayak, Firdaus, Ramli Sarip (Fanatisme) dan Arab (Nafas) adalah nama-nama yang pernah berada dibawah lembayung LEFTHANDED. namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui sebelum Nash menjadi pelantun vokal, Rahim Maarof terlebih menjadi vokal kumpulan ini. Setelah Lefthanded mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama yang berjudul “Keadilan” barulah Nash bersama dengan Lefthanded


Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986), Keadilan (1986) Seruan (1987)Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme, bersama Ramli Sarip (1990), Nafas, bersama Arab (1996) Dimensi Baru (1998), Syurga & Neraka (1999), Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006) adalah antara album-album yang pernah diriliskan oleh Lefthanded.

Sejak kebelakangan ini, telah timbul pelbagai persepsi mengenai kumpulan ‘otai’ rock yang telah lama menempa kegemilangan dalam industri muzik tempatan. Namun begitu ianya bukanlah halangan untuk Lefthanded terus berada di paksi seni apatah lagi untuk kembali mewarnai semula persada seni tanahair. Faktor usia serta komitmen terhadap tugas bukanlah menjadi alasan lagi untuk Lefthanded kembali menemui para peminatnya. Tahun 2012 pastinya bakal menyinar dengan kehadiran serta penyatuan semula anggota Lefthanded.


Sebenarnya kita dah buat comeback di TV dan ianya telahpun ditayangkan kepada umum. Ketika itu Lefthanded, MAY dan XPDC telah disatukan dalam sebuah rancangan tv. Bertitik tolak dari situlah kami mendapat feedback yang bagus dari para peminat Lefthanded. Bermula dari situ semangat kami mula berkobar-kobar tambahan pula kami mendapat “offer” yang begitu unik untuk meneruskan perjuangan Lefthanded”. Ujar Man Kidal ketika ditemui di salah sebuah hotel di Ibu Negara baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai tawaran tersebut bukanlah sekadar membuat rakaman album tetapi kami telah diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert di Tawau, Sabah. Namun semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Faktor utama yang kami perlu lakukan ialah tampil dengan sebuah album baru kemudian barulah menerima tawaran untuk membuat konsert, dimana kami melihat ianya satu peluang yang cukup menarik selain dari membuat persembahan kami juga boleh mempromosikan album terbaru.” Katanya

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansur iaitu orang yang bertanggungjawab untuk merialisasikan impian tersebut selain memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh beliau kepada kami. Saya telah diberi peranan untuk melengkapkan ‘pakej’ studio rakaman milik beliau yang berada di Tawau, disamping itu juga saya akan membuat penambahbaikan terhadap studio milik beliau. En Mansur juga berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan miliknya yang lebih ke arah ‘hiburan’ agar ianya berdaya saing sepertimana syarikat rakaman yang ada di Malaysia”. Tambah beliau

PM Studio adalah lokasi dimana segala kerja-kerja rakaman album terbaru Lefthanded akan di buat manakala proses mastering akan dilakukan di Australia memandangkan sebelum ini saya pernah melakukan kerja-kerja tersebut disana dan ianya memberikan hasil terbaik. Dimasa yang sama juga saya menjadi ‘penasihat’ kepada PM Studio dimana modus operandinya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada di Malaysia khasnya buat mereka yang ada di Sabah

Nash akan kembali bersama Lefthanded, rasanya kami akan mengeluarkan mini album dahulu dimana ianya bakal memuatkan 2 buah lagu baru dan 3 buah lagu lama yang akan diberi ‘nafas baru’ samada ianya dibuat secara semi orchestra ataupun ‘unplugged’, segalanya masih dalam peringkat perbincangan”.

Lefthanded memilih Sabah, kerana disana masih terdapat ‘die hard fan’ yang masih suka kepada irama rock, lagipun sebelum ini Lefthanded pernah menggegarkan Sabah jadi sedikit sebanyak ianya akan mengembalikan memori kepada kami”.

Kepada semua peminat Lefthanded, pastinya berita kedatangan Lefthanded di Tawau, Sabah adalah sesuatu yang amat dinantikan apatah lagi mereka akan ‘berkampung’ di Tawau untuk merakamkan album sekaligus ‘menjajah’ Sabah dalam siri konsert Lefthanded yang akan berlangsung pada bulan Mac 2012 nanti. Segala informasi terkini mengenai Lefthanded pasti akan kami wartakan di MEPORTAL. Rock On!!

No comments:

Post a Comment