Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 20, 2012

Farah Lee Sah Milik Ally Iskandar

Farah Lee Sah Milik Ally Iskandar

KUALA LUMPUR, 2 JANUARI 2012: Akhirnya personaliti TV3, Ally Iskandar, 35, selamat dinikahkan dengan Nurfarahin Romli atau dikenali dengan nama Farah Lee,22, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, kira-kira 10 pagi tadi.

Dengan dua kali lafaz, pasangan itu sah dinikahkan oleh Jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Mohd Abu Bakar.

Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan seperti telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan.

Sebelum ini, Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila terputus di tengah jalan pada 30 Jun tahun lalu selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Ally pernah memberi tahu portal murai.com.my bahawa dia terpikat dengan keteguhan prinsip dan pendirian Farah Lee sekali gus memutuskan untuk berkahwin dengan gadis tersebut.

No comments:

Post a Comment